Wednesday, 26 October 2011

Maxis Scholarship for Exellence (MSEA)

Biasiswa ini akan dibuka pada 1 November 2011 - 15 Disember 2011 secara online. MSEA  tidak akan menerima sebarang dokumen yang diposkan ke alamatnya. MSEA hanya menerima "soft copy" daripada pemohon. Selanjutnya,,


  • Applicants or their parents must be a Maxis postpaid customer with a minimum of one year tenure with Maxis postpaid services, having a good payment record with Maxis.
  • Applicants must be Malaysian citizens aged below 23 years old.
  • Applicants must not be bonded to any body and must have secured an unconditional offer or acceptance letter from a local or foreign university prior to receiving the Maxis Scholarship for Excellence
    Award (MSEA).
  • Applicants currently in their 1st or 2nd year of undergraduate studies may also apply for this scholarship.
  • Applicants must demonstrate academic excellence and be active in extra-curricular activities. Applicants must at least pass their SPM examinations and achieve any of the following results in their foundation course of choice :
    • STPM - minimum 3 As or
    • Matriculation / Diploma - CGPA 3.5 or above or
    • A Levels - minimum 3 As or
    • Australian TER - minimum 90.0 or
    • Recognized foundation/Pre-university courses – equivalent to CGPA 3.5 or above or
    • Current 1st or 2nd year university students must have a CGPA of 3.5 or above
  • Applicants are also required to:
    • Possess a good command of the English language, both written and oral;
    • Be a team player;
    • Excel in extra-curricular activities and sports; and
    • Possess leadership qualities.
  • The local or foreign university must be recognized by the Malaysian Ministry of Higher Education. For local universities, there is no restriction to field of studies; for foreign universities, preferred field of studies are those related to the telecommunications industry.
 
 
  • Business Administration/Management/Marketing/Accounting/Finance/Communications/Human Resources Management;
  • Engineering – Electronic/Electrical/Power/Computer Communications/Telecommunications/Civil and Mechanical;
  • Computer Science/Information Technology/Information System/Science Quantitative;
  • Mathematics/Actuarial Science;
  • Law.
 
 
 



  Jika berminat, sila ke laman web http://www.maxis.com.my/personal/about_us/scholarship/mus/index.asp?iStruct=0:4:1

Motivasi..

Cantik, menarik, tertarik , kau memang da bomb ! Apa pandangan anda tentang seorang yang sangat menarik?
Setiap orang mesti punya pendapat yang berbeza dalam hal ini. Cuba baca hujah pakar motivasi kita ini pula.


Mengapa Perlu Jadi Menarik?
Oleh:
Daya tarikan sememangnya ada dalam diri setiap individu. Kerana itu Allah dengan sifatNya yang maha adil dan pemurah telah menetapkan kehebatan yang berbeza bagi kita semua. Tambahan itu, ayat popular daripada ayat ke-4 Surah at-Tin yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami menjadikan manusia itu dengan sebaik kejadian.” Akan tetapi, dalam kesibukan kita dalam menangani isu di sekolah/university/kolej/pejabat, antara keluarga serta masyarakat, kita kadangkala terlupa yang kita ini mempunya daya tarikan yang unik.
Apakah kepentingan daya tarikan ini? Ada lebih ribuan jawapan kepada persoalan ini.


dsc_7342.jpg
Ada yang mahu jadi menarik kerana beranggapan yang diri mereka tidak menarik daripada segi rupa dan perawakan. Mereka mahu memperkukuhkan daya tarikan pada diri kerana mahukan kawan dan penghormatan. Mereka mahu disanjungi oleh rakan-rakan dan masyarakat setempat dengan menempah nama melalui pelbagai aspek yang boleh menarik perhatian. Tidak kurang juga yang mahu menggunakan daya tarikan tersendiri untuk memenangi hati gadis atau jejaka idaman. Seterusnya daya tarikan seperti karisma juga amat penting dalam kenaikan pangkat di tempat kerja dan sebagai ahli politik, daya tarikan adalah antara senjata utama dalam memenangi hati pengundi. Bagi usahawan pula, mereka adalah wajah kepada perniagaan mereka. Seraya itu, usahawan yang menarik lebih mudah untuk membina jaringan atau network dengan pengedar, pengusaha lain yang boleh melakukan kerjasama, serta yang paling utama, para pelanggan. Pasangan suami isteri juga perlu sentiasa peka terhadap keterampilan serta daya tarikan diri kerana dari segi psikologi, perempuan suka akan kecantikan pada diri sendiri manakala lelaki pula gemar melihat perempuan yang cantik (ini memang tidak dinafikan).
Berbalik kepada soalan kita tadi. Mengapa Perlu Jadi Menarik? Berdasarkan perbincangan di atas, berikut merupakan antara manfaat-manfaat seseorang individu akan dapat dengan menyerlahkan daya tarikan yang sedia ada pada dirinya: -
1.      Keyakinan diri
2.      Kemantapan hubungan sosial
3.      Kunci kepada memenangi hati pasangan idaman.
4.      Kemantapan hubungan di pejabat
5.      Mengukuhkan pengikut atau “fan base”
6.      Memudahkan “networking” serta mengukuhkan “supply-chain” bagi usahawan.
7.      Menambat hati pasangan.

Orang yang menarik ialah mereka yang yakin dengan kebolehan sendiri. Kebolehan dan keistemewaan ini amat luas definisinya. Ada yang menarik kerana rupanya yang kacak atau jelita serta susuk tubuh yang menawan. Tidak kurang juga yang menarik kerana bijak berjenaka dan peramah. Ada yang punya suara merdu serta memukau. Mereka yang berbakat dalam lakonan dan persembahan (showmanship) juga mempunyai ramai ikutan. Dalam erti kata lain, setiap seorang mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Bagi mereka yang kurang mempunyai keyakinan kerana beranggapan mereka tidak menarik, apa yang mereka perlukan ialah motivasi untuk mencungkil bakat serta keistimewaan mereka yang mungkin terpendam disebabkan persepsi masyakarat yang pelbagai. Ada individu yang memang mudah menonjolkan daya tarikan tetapi ada juga yang perlu lebih usaha untuk mencapai perkara yang sama. Allah itu maha adil dan bijaksana di mana hamba-Nya diuji dengan cara yang berlainan.

Akhir kata, kita perlu ingat bahawasanya kita ini menarik. Jika kita belum mendapat apa yang kita diidamkan walau dengan daya tarikan yang sedia ada, ini bermakna Allah mahu menguji kita dan meningkatkan daya kreativiti kita dalam usaha mencapai kejayaan. Wallahualam.

(Artikel ini digarap daripada buku “Tip Menjadi Individu Menarik” yang ditulis oleh Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah & Ahmad Naim Jaafar. Kini berada di pasaran )
Pastikan anda akan menjadi salah seorang yang menarik selepas ini. =)

Projek SCL,,

Projek SCL menemukan sy dengan beberapa artikel di bawah. Teringatkan blog, mendorong sy untuk berkongsi mengenai pemakanan pula. Maklumlah, tajuk projek sy "Gaya Pemakanan".


Berlebihan Berat Badan Dan Kegemukan/Obesiti
Adakah berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti menjadi masalah di kalangan remaja?
YA !!!
  • Masalah berlebihan berat badan dan kegemukan semakin meningkat.
  • Kajian menunjukkan bahawa 15% daripada kanak-kanak berusia 12 - 19 tahun mempunyai masalah berlebihan berat badan dan kegemukan.
  • Masalah ini lebih tinggi di kalangan kanak-kanak daripada keluarga miskin.
  • Berat badan berlebihan dikaitkan dengan risiko yang tinggi jika mengalami masalah perubatan seperti diabetes dan penyakit jantung yang boleh menyebabkan kematian awal.
Bagaimana anda tahu anda mempunyai berlebihan berat badan ?
Indeks Jisim Tubuh (BMI) ialah salah satu cara untuk mengira jumlah lemak dalam badan anda secara kasar. Cara pengiraan :
Indeks Jisim Tubuh (BMI)
Berat badan (kilogram)
(Tinggi (meter) x Tinggi (meter)
Tidak seperti nilai BMI dewasa, nilai BMI anda adalah berbeza mengikut umur dan jantina. Sila rujuk jadual BMI untuk masalah berlebihan berat badan atau kegemukan bagi umur 9-8 tahun mengikut jantina. Untuk mengetahui sama ada anda mengalami masalah berlebihan berat badan atau kegemukan. Contohnya : Jika anda adalah remaja lelaki berumur 14 tahun dan BMI anda adalah di antara 22.62 ke 27.63,anda adalah berlebihan berat badan. Jika BMI anda adalah lebih daripada 27.63,adalah adalah kegemukan. Lihat jadual BMI-untuk-umur seperti di bawah
Bagaimana berlebihan berat badan atau kegemukan/obesiti boleh berlaku kepada anda?
Berat badan anda bertambah apabila anda makan banyak, lebih daripada apa yang boleh dibakar oleh badan anda. Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak. Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti akibat daripada pengambilan kalori yang berlebihan tidak akan berlaku dalam beberapa hari atau minggu. Selalunya ia akan terkumpul dan tersimpan selama beberapa bulan dan tahun.

Faktor risiko termasuk :
  • Sejarah keluarga anda.
  • Masalah perubatan.
  • Faktor psikologikal termasuk tekanan perasaan, kebimbangan dan kebosanan.
  • Pengaruh budaya sosial dan sekeliling (tabiat makan anda).
  • Faktor persekitaran yang menyumbang kepada cara hidup yang tidak aktif.
Bagaimana anda boleh mengesan masalah ini?
  • Anda, kawan dan keluarga mungkin telah menyedari isu berat badan ini.
  • Dapat dikesan apabila anda membuat pemeriksaan kesihatan ataupun saringan kesihatan.
  • Apabila anda mendapatkan rawatan di klinik bagi masalah perubatan yang lain.
  • Kebiasaannya anda kelihatan lebih besar dan lebih berat daripada rakan sebaya.
  • Diagnosa anda disahkan melalui kriteria BMI-untuk-umur Sila rujuk jadual BMI berat badan atau kegemukan bagi umur 9-18 tahun mengikut jantina.
Punca berlakunya berat badan berlebihan dan kegemukan/obesiti pada anda :
  • Tabiat makan yang tidak sihat seperti makan berlebihan atau makan makanan yang mengandungi minyak dan karbohidrat yang tinggi
  • Aktiviti fizikal yang rendah atau tidak bersenam
Apakah komplikasi masalah ini? Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti di kalangan remaja dikaitkan dengan :
  • Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang tinggi.
  • Penyakit Kencing Manis/Diabetes.
  • Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri.
  • Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.
  • Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul.
  • Bertambah gemuk apabila umur meningkat.
Bagaimanakah cara untuk memastikan anda tidak mengalami masalah berlebihan berat badan?
  1. Anda perlu mempraktikkan cara hidup sihat :
    • Makan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan rendah lemak.
    • Makan secara sederhana.
    • Amalkan kehidupan yang aktif di rumah dan di sekolah dengan bersenam dan berjalan lebih kerap.
    • Hadkan waktu menonton TV dan video kepada tidak lebih daripada dua jam sehari.
  2. Anda perlu mengira BMI-untuk-umur anda dan diplot setiap tahun. Ini boleh dibuat sebagai pemeriksaan kesihatan tahunan anda.
  3. Dapatkan nasihat Doktor atau Pakar Pemakanan/Pegawai Dietetik jika anda mempunyai masalah berkaitan berat badan.
Apakah rawatan yang boleh diperolehi ? Rawatan perlu dimulakan seawal yang mungkin. Ini termasuklah :
Pakar Pemakanan atau Pegawai Dietetik boleh menolong anda dalam memberikan nasihat dan saranan makanan yang boleh di ambil.
Ahli terapi fizikal boleh membantu anda menyediakan jadual aktiviti khas untuk menurunkan berat badan anda seterusnya mengekalkan berat badan, kesihatan dan kekuatan fizikal dalam jangka masa panjang.
  1. Pemakanan
    • Beri perhatian kepada apa yang anda makan. Anda sepatutnya mengambil:
      • Lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
      • Bijirin penuh dengan pengambilan serat/fiber 20 gram atau lebih sehari (satu keping roti mil penuh mengandungi dua gram serat).
      • = 30% kalori daripada lemak.
    • Untuk mengurangkan berat badan:
      • Anda mesti kurangkan jumlah makanan dan bilangan hidangan.
      • Kurangkan makanan bergoreng. Lebih baik anda kukus atau bakar makanan anda.
      • Kurangkan makan makanan berkarbohidrat (jenis nasi dan mi).
      • Kawal pengambilan makanan musim perayaan dan ketika makan di luar.
      • Kurangkan minuman bergas dan minuman manis.
      • Baca label makanan terutama kandungan kalori.
  2. Aktiviti fizikal
    • Tingkatkan aktiviti harian seperti menaiki tangga, letakkan kereta ("parking") jauh dan bersenam semasa menonton TV.
    • Anda perlu membuat aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 10 minit lebih daripada apa yang anda selalu lakukan setiap hari dan tingkatkan secara beransur-ansur.
    • Jika anda tidak boleh melakukan aktiviti fizikal disebabkan penyakit arthritis dan kecederaan yang lain, sila dapatkan pemeriksaan dan rawatan spesifik.
  3. Ubah tabiat anda.
    • Kenal pasti masalah yang mengakibatkan kenaikan berat badan (seperti tekanan perasaan, makan ikut perasaan, bosan dan sebagainya).
    • Letakkan matlamat untuk kurangkan pengambilan kalori dan tingkatkan aktiviti fizikal.
    • Anda hanya perlu timbang berat badan sekali seminggu.
    • Pantau jumlah dan jenis makanan dan minuman yang diambil dan fizikal aktiviti yang dapat dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.
    • Dapatkan sokongan daripada keluarga dan kawan.
  4. Ubat-ubatan
    • Ubatan selalunya didapati tidak berkesan untuk menurunkan berat badan.
    • Jika perlu, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.
  5. Pembedahan
    • Rawatan pembedahan akan dipertimbangkan di dalam kes-kes tertentu contohnya, BMI > 40 atau terdapatnya risiko untuk komplikasi yang teruk seperti kematian awal, pembedahan gaster (perut) dan lain-lain.
    • Rawatan khas adalah perlu jika mengalami komplikasi daripada penyakit seperti diabetes dan hipertensi/darah tinggi.
Berapa lama seseorang perlu dirawat?
  • Rawatan susulan yang berkala perlu untuk mereka yang mengalami kegemukan/obesiti dan dalam kebanyakan kes,rawatan ini mungkin untuk sepanjang hayat.
  • Doktor anda akan memantau BMI anda dan merawat komplikasi anda.
Siapa yang boleh menyokong anda untuk mengurangkan berat badan? Kejayaan anda bergantung kepada motivasi dan sokongan daripada :
  • Ibu bapa, ahli keluarga, guru dan rakan-rakan.
  • Doktor, Pakar Pemakanan/Dietitian dan ahli profesional kesihatan yang lain.
Sila rujuk jadual BMI berat badan atau kegemukan bagi umur 9-18 tahun mengikut jantina.
Umur (Tahun)
Lebih Berat Badan BMI
Gemuk BMI
Lelaki
Perempuan
Lelaki
Perempuan
9.00
19.10
19.07
22.77
22.81
9.50
19.46
19.45
23.39
23.46
10.00
19.84
19.86
24.00
24.11
10.50
20.20
20.29
24.57
24.77
11.00
20.55
20.74
25.10
25.42
11.50
20.89
21.20
25.58
26.05
12.00
21.22
21.68
26.02
26.67
12.50
21.56
22.14
26.43
27.24
13.00
21.91
22.58
26.84
27.76
13.50
22.27
22.98
27.25
28.20
14.00
22.62
23.34
27.63
28.57
14.50
22.96
23.66
27.98
28.87
15.00
23.29
23.94
28.30
29.11
15.50
23.60
24.17
28.60
29.29
16.00
23.90
24.37
28.88
29.43
16.50
24.19
24.54
29.14
29.56
17.00
24.46
24.70
29.41
29.69
17.50
24.73
24.85
29.70
29.84
18.00
25.00
25.00
30.00
30.00

Dunia Baru,,

Sy pelajar tahun 1 FTSM di UKM www.ftsm.ukm.my. Sy mengambil kursus sains komputer. Sejujurnya, banyak benda yg perlu sy pelajari di sini. Mana tidaknya, dulu sy pelajar matrikulasi. Sekolah pula subjek semuanya sains tulen. Bidang IT terlalu asing bagi sy. Buktinya, buat blog ini pun susah sangat rasanya. Sungguh pun begitu, sy akan mencuba sedaya upaya sy. Walau bagaimana sekalipun sy merungut, ini adalah jalan yang sepertinya telah ditetapkan untuk sy. Oleh itu, sy akan cuba untuk meneroka dunia teknologi yang penuh dengan cabaran ini.

Subjek yg perlu dikuasai
 Semester 1 :
 1) Discrete Mathematics - logic,relations
 2) Programming c++ - terdapat command prompt = )
 3) Statistics - mean,median,graf
 4) Introduction to IT - computer, internet
Ini antara subjek yg sy pelajari sekarang. Semester 2 akan sy kongsikan pada semester depan pula.

Tuesday, 25 October 2011

Mulanya hariku,,,

for the first time ever,,,
sy buat blog,,